Posts

Bila foodie perlu diet hmm...

Bermula 25 Disember 2020, saya membuat keputusan untuk ubah diri saya dari seorang yang gempal kepada badan yang fit. Saya sudah berumur 23 tahun dan tahun depan hampir mencecah umur 24 tahun, so bila lagi nak berubah kan? Hmm tapi bukan senang kan bila seorang food lover terpaksa menjalani diet ketat yang dah memang bertahun tak pernah tinggal untuk makan nasi, kena buang fast food dari senarai menu, harus minum air kosong sahaja dan banyak lagi, ternyata bukan mudah. Tapi kini saya sudah tekad. Saya mesti berubah, saya mesti kurangkan berat badan saya kepada berat yang ideal. Saya tidak boleh terus hidup macam ni. Saya harus ada semangat yang waja untuk berubah. Kalau bukan saya yang ubah diri saya then siapa lagi kan yang boleh ubah.😉😝 Hari ini merupakan hari pertama saya menjalani diet saya dengan hanya memakan sebiji ubi kentang yang direbus serta air kosong. Ya saya tahu mungkin diet saya ini agak kurang sihat, tapi saya harus lakukan ini untuk membuat penurunan berat badan yan